Ish....bosan betul arini, badan pun sakit2...mood malas makin menjadi2.....asyik berangin jer.....tetiba rasa nak marah org jer....hik3 teruk betul angin kus2 ni....tapi bila dah jejak kaki kat dapur ni memang tak sah kalau tak masak barang seketol dua kek ....hik2......dalam dok malas2 ni siap jugak 3 hidangan yg memang boleh tahan kalau dimakan......so, layan ler resepi2 dan pic ni yer....Untuk resepi pancake ni aku just amik dari blog feberet aku home sweet home , minta izin yer kak sy copy kat cni...
Bahan:- (10 - 12 biji)
1 cawan tepung serbaguna
2 sudu besar gula halus
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu segar
2 sudu besar butter (dicairkan)/minyak sayuran
1 biji telor saiz A
Topping:-
Butter, icing sugar, madu atau jem yang disukai
Cara Menyedia:-
Dalam mangkuk campurkan tepung, gula, baking powder dan garam. Ketepikan. Dalam mangkuk lain pukul bersama susu, butter (atau minyak sayuran) dan telor. Masukkan bahan kering tadi dan kacau seelok sebati saja. (jangan overmix). Panaskan non-stick pan dan ambil paper towel, celupkan dalam minyak, griskan pada non stick pan. Tuangkan 3 sudu besar adunan dan masak dengan api perlahan. Bila kekuningan, terbalikkan dan angkat bila telah masak kedua2 bahagian. Buat sehingga habis.
Seeloknya panaskan oven selama 10 minit dengan meletakkan loyang kosong dan apabila pancake masak boleh diletakkan ke dalam loyang di dalam oven supaya sentiasa panas suam..
nak bg selera skt letak choc syrup dan pisang.... |
Kek batik ni memang sedap cuma aku kurangkan manis dan tambah hirisan badam dan serbuk koko jer.... |
Lupa plak mana letaknya resepi ni |
Add caption |
salam ziarah
ReplyDeletewow...terliur tengok...hehe
ReplyDeleteJom singgah= kpop celup versi malaysia