Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Jom klik sini dulu.....

Saturday 9 April 2011

Aku cayang laki aku!!

Sayang dr ibu....
tetap bersama anak....
Tetap hiburkan anak2

Sentiasa menyayangi anak2

Kemana pergi tetap bawa anak2...

Tolong jaga anak2

Untuk apa saja....


Dimana jua...

Walau pun sakit...


Peace untuk abah!!!

Tawa riang utk abah...







 Aik!!!! pepagi dah semacam tulis intro ni...hehehehe bukan aper, dalam hati aku ni dah berbuku2 tak terluah perasaan sayang ni.....kalau nak hurai satu2 memang banyak la, tapi hari ni aku nak citer kes aku pada pagi semalam...kalau nak citer aku ngan mrhubby ni memang tak sebulu....kalau berborak memang susah la nak baik2...mcm bertekak jer gayanya....aku rasa memang betul2 tak sefahaman la dgn mrhubby ni....kalau nak jadi isteri kpd en Muhamat Latip Rasmin ni, kena cukup ketahanan mental....kena kuat....

Bukan aku nak cakap pasal buruk2 tau...tp mrhubby ni punya skit suka dera mental aku...dia punya mulut...mak oooii mcm pompuan kalau bercakap....sakit hati tol... tp aku cayang laki aku....

Nak tau naper??????........

Berkilat ni...hubby beli
  • Kalau aku nak aper pun selagi dia mampu dia akan belikan...(tp tahanlah ayat bebelan nyer dulu...)
  • Dier caring kat anak2, pandai layan anak2...jaga anak2
  • Walau aku tak pernah dengar "I love U"...hikhikhik  (geli plak....) tp aku tau dia syg kat aku....
  • Kalau aku merajuk dier takkan pujuk tp  dia pandai sejukkan hati aku...
  • Aku ni panas baran, tp dia betol2 penyabar....
  • Dier ni jarang puji masakan aku tp slalu suruh aku masak, sggp g beli brg2 dapur sampai beratus janji aku masak....
  • Hobi aku yg suka memasak ni dimodalkan olehnya....cakap jer nak beli aper dier akan hulur....
  • Kalau aku sakit dia yg paling risau ...cepat2 hantar aku g klinik, takut nanti tak dpt nak mkn masakan aku nanti....
  • Kalu aku stay kat umah adik aku or blk kg tanpa dier, nampak sangat mukanyer cam tak ikhlas bg izin...pastu asyik ckp aku lari dr umah plak....ek eleh!! dah minta izin dah tandanya rindu la tu...
  • kalau dia bising2 kat aku, sajer jer aku buat muka sedih pastu buat2 alirkan air mata. conpem dia rasa bersalah...terus layan aku baik2 hehehehe (taktik.....)
  • Sebab dia hati lembut dan sensitif walaupun ego tinggi mengunung.....
  • Walaupun banyak mana masalah dier, tak penah dier citer kata aku seme nyer dier settlekan sdiri...(kadang2 terpaksa aku curi2 buka phone dier bc sms nak tau apa masalah dier) ...risau kalau muka dah tahap cipan dah berkerut2...(sorry yer bang....)
  • Walaupun ongkosnya tak banyak tp kalau aku minta duwit tetap dier bg....biar dier susah jgn aku n anak2 susah
  • Tapi yg aku tambah2 cayang coz arini dier beli mende kat atas tu utk aku...walau tak ckp tp aku tau dier cian kat aku asyik pakai pengukus kecik padahal tempahan beratus.....suker...suker sangat...thank cayang....muaaah!!!!.siap modalkan lagi, untung aku amik hikhikhik
Aper pun... walaupun kita tak sebulu, tak sefahaman, tak sependapat, bagai api dan air tp tu semua yg membuatkan kita saling memerlukan antara satu sama lain....

* Buat  mr hubby baca.... sy tak kisah hidup susah bersama, sy tak kisah jaga abg kalau sakit, sy takkan pg mana2, takkan merungut...tp kalau abg berubah hati....sy akan pg bila abg betul2 senang hati dan senang hidup kerana hati saya takkan tenang kalau abg susah.....
Read more...

Kicap Kipas Udang tiruan....

Artikel ni aku C&P dari blog teratakkarmo.

Sama2lah kita berkongsi info yg berguna ni...

LAGI PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG TIRUAN DAN ASLI EHSAN DARI PIHAK ZARAFOODSTUFF

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas balasan email dari pihak ZARAFOOD iaitu Syarikat Pengeluar KICAP CAP KIPAS UDANG yang telah memberi maklum balas mengenai pertanyaan aku semalam jadi kali ini aku ingin berkongsi dengan semua agar kita sebagai pengguna dapat mengelak dari tertipu oleh Pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Dibawah ini aku sertakan maklum balas email dari pihak ZARAFOODSTUFF dan juga perbezaan untuk mengenal Produk Tiruan ini.

ASSALAMUALAIKUM
Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja)  sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini.  Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.
 
Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran  dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.

Untuk  jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.

Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama  dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.
Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).

Oleh itu pihak kami sekali lagi  sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna  setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.
Ok kata bawah ni ditunjukkan bahagian yang pengguna kena lihat untuk memastikan produk yang dibeli Asli atau Tiruan.

Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli. Produk tiruan mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) DAN WARNA YANG AGAK CERAH.  Terima Kasih Sekali lagi kepada pihak Pengeluar atas Maklumat yang telah dikongsikan.
Diharap maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja pengguna KICAP CAP KIPAS UDANG ini dari tertipu dan aku berharap korang kat luar sana sebar-sebarkanlah agar jangan tertipu dengan Pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Read more...

Telur tiruan?????...mcm2, jom check skit....

Ni aku nak citer pasal telur tiruan ni...act, aku memangnya tak tau hal2 semasa ni sehingga la, adik aku si Ainun tu bercerita pasal telur tiruan time aku tengah pecahkan telur2 ayam nak buat kek tempahan....ooooooooo ...tak sangka ya ada gak telur tiruan ni, manusia ni mcm2 semua nak cipta....mcm2...jom layan pasal telur tiruan ni dan skit info pasal telur ni...story ni aku C&P dari blog cik adik manis kat sini, akak minta kongsi info ni ya....


Rupa telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan. Memang nampak berbeza.



Tadi .. search kat Google. Rupa-rupanya .. pengeluaran telur ayan tiruan nie memang dah lama. Paling lama yang saya dapat kesan .. tahun 2008. Huh ! .. memang lama. Cuma sekarang nie je mula dikesan memasuki pasaran Malaysia.

Kenapa telur tiruan dicipta?
Sebabnya .. satu je ! Wang ! Menurut dari apa yang saya baca. Nak buat telur tiruan nie. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Kalau dalam Yuan .. nak buat satu telur nie. Cuma 0.55 Yuan/kg berbanding 5.6 Yuan/kg untuk telur sebenar. Jadi nak jimat kos .. jalannya mudah je. Buat yang tiruan.

Macam mana telur ayam tisuan dibuat ?
Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie.

Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat

Lapiasan luar telur kuning terbentuk

Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !

Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula .. lebih senang dipecahkan. Tapi .. nak check .. macam mana ye ?


Ciri-ciri lain .. telur ayam tiruan nie lebih besar dari biasa, tidak berbau, berkilat dan kasar.


Ish!!! risau betul la pasal mende ni....dah2 sekarang ni aku slalu amik tempahan kek/kuih, nampaknya kena belek satu2 la gamaknya telur ayam ni....takper....utk kesihatan kita kena sama2 prihatin....tak susah, masa dok cuci telur tu belek2 la ori ke tak...hehehehe



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...