Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Jom klik sini dulu.....

Sunday 24 February 2013

Tandas....ada air...takder paip......oppps...

Entry kedua malam ni....

lama dah sebenarnya nak tulis entry ni...
asyik tak sempat jer...
sebab kali ke-3 dah terkena so, nak citer la skit
jg buat panduan kengkawan2 kalau nak g shopping tu hehehheeh

TANDAS
korang kenal kan??/

 Ni citer skit pasal rumah kecik ni

Kes 1
Alkisah beberapa bulan lepas...
ada pakcik aku ni satu family dr trg..kira dr kg aku la tu...
dtg jalan2 kat key ell ni
iyer...KLLLLL...
bw anak2 cuti skolahkan...
so aku n myhubby pon bawak ler g jalan2 sana sini sinun...
so, tempat yg glemer kat kl ni kompem KLCC kan
sampai jer klcc
makcik aku ni tak tahan nak membuang ..
so lepas parking jer terus ler cari tandas dlm tu...
kena beratur dulu...aku pon ikut skali  ler
skali bila nak masuk tandas tu (makcik aku dah msk tandas lain...)
YA Allah, lupa nak bgth tandas sini mmg takder paip...kalau ada pon paip yg pancut kat bawah tu....heheheh
korg tau kan...
ish...ish...ish...sure makcik aku tu terkapai2 cari paip tu...
harap2 makcik aku bijak cari idea..hikhikhik

so, lepas kuar tandas tu becok la mulut makcik aku citer....apsal paip takder mcmn nak cuci ni...naib baik buang kecik...blh ler skit2 tadah air pancut tu....
hehehehhehe
kat situ rasanya ada tandas yg ada paip cuma kn cr la level mana
aku pon lama tak pg sana tu....
cian kan kalau nak berak...mcmn ne nak cuci ...bersih ke pakai tisu gulung tu...
canggih betoll la skrg ni....

Kes 2...
raya cina 2013 aritu aku pg jalan2 ngan family aku la
laki...anak2...
pg Time square..
so anak pompuan aku ni 
si kakak
nak ler kencing
so cari2 ada le tandas nya kan....
masuk dlm...
panjang beratur...
tp yg heran ramai yg beratur kat satu tandas jer
kebanyakan melayu la...
yg tandas lain mcm ada kosong jer...
dok pk2 apsal yer rosak ker...
so aku dgn selambernya bawa anak masuk dan.....
aiya!!! itu air pancut2..paip takder huhuhuhuhu...
so kuar blk kn beratur panjang...
suh anak tahan lu...satu tandas  jer ada paip...
tu pon dia tampal gambar paip kat pintu tandas tu
sekrg2nya ada gak tandas berpaipkan....

Kes 3
kes harini ler....
pegi kenanga wholesale Mall
lepas makan
si kecik pula nak kencing...melompat2 ler...
mana tak nyer
baru lepas pamper...3 tahun kan...
so tak pandai nak tahan lg
bergegas pg cari tandas...
ada...ada
tp yg takder paip air....
adoi...nasib kencing jer...
n nasib ada gayung...
bagus ada gak yg prihatin...
bleh la tadah air pancut pon wlpn slow....

Kesimpulannya....
boleh ker korg bayangkan mcmn kalau membuang yg besar tu pastu lap2 ngan tisu ker....
atau cuci ngan air pancut tu...mau abis basah ni...
heheheheh
maklumlah sy ni
org kampung
jakun...tak biasa ngan arus kemodenan macam ni....
dan mmg aku takkan biasa-biasakan lah....

maaf la..kalau topik ni mcm tak best jer..yerlah citer pasal tandas tp...ermmmm
bukan penting ker.....
Renung2kan...selamat bershopping........
tips: bawalah mineral water yer kalau nak g shopping tu.....heheheh

Read more...

pavlova....sesedap namanya.....dan tip-tip membuatnya




best tak nama tu
malam ni sy tengah bakar pavlova
siapkan oder utk esok
sambil tu sempat lagi la masukkan entry utk mggu ni....
nampak sgtkan rajinnya update status...heheheh
bz sikit +malas skit...hehehehheeh

ok,
kali ni sy nak citer pasal PAVLOVA
bestkan namanya
nak tau asal usul desert manis tp sedap ni??
ok ni sy copy dari link ini

"Pavlova merupakan sejenis kek meringue iaitu putih telur yang dipukul bersama gula. Kedua-duanya dipukul sehingga kental dan dicampurkan dengan tepung, cuka dan vanila.
Kemudian ia dibakar dengan suhu yang sederhana sehingga permukaan luarnya garing tetapi di dalamnya masih lagi lembut dan kenyal seperti marshmallow."
Pavlova merupakan asas meringue iaitu menggunakan putih telur dan dipukul sehingga betul-betul kembang.

-betul sedap weh!!!yummy...yummy........



Asal usul nama pavlova adalah daripada nama seorang penari balet yang berasal dari Rusia iaitu Anna Pavlova yang telah mengembara ke Australia dan New Zealand.
Namun sehingga sekarang masih terdapat pertelingkahan sama ada pavlova ini berasal dari Australia atau New Zealand.

Tip2 utk membuat Pavlova;;;;


Oleh itu ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika anda menyediakan pencuci mulut ini.
1)  Berhati-hati ketika mengasingkan kuning telur dan putih telur.
Pastikan tiada kuning telur yang bercampur kerana kuning telur mengandungi lemak akan menyebabkan putih telur yang dipukul tidak naik kembang.

2) Gunakanlah telur yang segar kerana putih telur dari telur yang segar mudah diasingkan dari kuningnya. Putih telur sebaiknya dibiarkan pada suhu bilik dalam 30 minit sebelum diputar .

3)  sila pastikan mangkuk dan pemukul telur bersih dan bebas daripada sebarang minyak, air atau tepung bagi memastikan meringue anda naik ketika dipukul.

4) Gula kaster adalah paling sesuai apabila anda memukul meringue. Carilah gula kaster yang paling halus di pasaran kerana ia lebih cepat hancur ketika dipukul dengan putih telur.

5) Teknik memukul telur bersama gula juga perlu betul. Anda perlu memukul telur sehingga separuh kembang dan ketika inilah baru masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga berkilat dan betul-betul kental.

6) Cuba rasa meringue itu dengan dua jari, ibu jari dan jari telunjuk untuk memastikan bahawa semua gulanya telah hancur.
Sekiranya anda masih boleh rasa berpasir sambung lagi memukul putih telur sehingga anda tidak dapat merasa gula kaster pada meringue itu lagi.



7) Selepas itu kacau bahan lain iaitu esen vanila, cuka dan tepung jagung dengan senduk atau spatula. Tepung dan cuka dalam resipi ini berfungsi untuk memberikan kerapuhan di luar pavlova dan menghasilkan tekstur lembut seperti marshmallow di dalamnya.
Anda perlu membentuk meringue di atas kertas minyak. Ia berbentuk bulat dan saiznya bergantung pada anda tetapi pastikan ketebalan dalam 2.5 -3 sm.

- Sekarng ni kan...pavlova dah jadi mcm2 bentuk kan...tp pavlova yg asli ttp menjadi pilihan hati ku....hehehhe



8) Bakar pada suhu sederhana iaitu 130 darjah celsius selama satu jam bergantung pada saiz pavlova yang dibentuk.
Suhu yang rendah akan membuatkan pavlova anda cair dan tidak masak dan jika suhu melampau pula di luarnya akan cepat masak tetapi didalam tidak masak.

Tutup suis dan biarkan ia sejuk dalam ketuhar dengan pintu terbuka. Tanda pavlova sudah masak akan berwarna perang muda.
Add caption


Jika menggunakan ketuhar yang bersaiz kecil saya cadangkan bentukkan saiz pavlova itu kecil kerana kepanasan dalam ketuhar akan membuatkan pavlova cepat hangus.

Pavlova yang telah siap boleh disimpan dalam bekas kedap udara sebelum anda menyapu krim dan menyusun buah segar di atasnya. Pavlova sesuai dimakan serta merta kerana jika lama dibiarkan ia akan menyerap cecair dan tidak rapuh lagi.




# Hah!!! amacam??? tip2nya...bergunakan...nampak jer mcm senang tp kena ada caranya kalau nak buat...tp kalau malas or nak senang oder jer ngan saya @ cikMala heheheheh.....



Read more...

Tuesday 19 February 2013

Jalan2 cari Makan - Restoran Rasa Utara, Time Square (4.5star)



Halooo..
korg rasa lapar tak?
hehehhe
nak promote skit
kalau korg kat Kl kan
teringin nak makan lauk pauk kg
or yg sedap kat tekak ni
Mala sarankan pg Time Square
dekat sebelah entrance tu
ada satu restoran
RASA UTARA
aritu jalan2 ngan en.hubby n anak2...
sempena cuti raya cina
so lepak2 makan2 kat situ
restorannya ok
selesa
selain melayu, mat salleh n pakcikmakcik Arab pon makan sana
mula2 budget mahal ke makan kat sini yer....
so nak try kan
kita cuba la dulu...
Mala oder Nasi beriani kot...tp sedap nasinya...Ikan Talapia Menari,udang sambal petai dan kailam goreng...dessert utk anak2 cendol dan ABC... air sirap selasih dan ice lemon tea
Dari segi rasa mmg menepati piawaian....hehehheh


menyelerakan....
TGK EN.SOMI MAKAN ...tak hengat....
menyibokkk hehehhe....sedang bercinta katakan hehehheh..anak2 pon sporting tlg amik gambar ibu dan abah.............



dari segi kos nya bg Mala taklah mahal sgt...semua tu hanya rm120.00 ++ jer....kira standard dgn tempat mcm tu dan hidangan dlm saiz yg dikira banyak..........
kalau kira makan2 kat kedai biasa pon kalau oder ikan udang or segala seafood....mahu cecah seratus lbh gakkan...........


Read more...

Resepi Carrot cake and Cream Cheese Topping

Assalamualaikum...
lama betul saya tak berblog skrg ni....
idea nak mengarang tu selalu ilang + penat + malas heheheh
kali ni sy nak share satu resepi
kek lobak or Carrot Cake...
dulu suka beli carrot cake ni kat SR
sedap gak la
tp bila pikir2 bukan susah pon kalau buat sendiri 
lagi puas kan
kali ni Mala nak share satu resepi dari
MYRESEPI...
minta izin yer tuan tanah Mala tepek resepi kat sini
nak kongsi ngan rakan2 yg suka makan carrot cake ni...
kek yg blh makan tanpa rasa bersalah wlpon salah makan kek ni bg org diet...hehehehh
pikir positif....ada carrot...raisin...walnut....ok per....
abaikan minyak or cheese hehheeh janji sedap....


Resepi : Carrot Cupcakes
Resepi Asal :Myresepi credit to Ishikawa Ayumi
Rujukan Resepi : Raihannavanilla.blogspot.com/2011/07/resepi-carrot-cupcakes-dan-video.html

 Bahan-bahan:

4 Biji telur
120g gula kastor
120g gula perang
11/2 cup minyak jagung
250gm tepung superfine/tepung gandum pon bole#
1st baking soda#
1/2 st serbuk kayu manis#
1/4 st garam
Satukan semua bahan bertanda # dlm satu bekas(ayak)
1cawan walnut
1cawan kismis 
1cawan lobak merah diparut
1sb susu cair

Cara2 membuatnya:-
1. Pukul gula kastor,gula perang dan telur sehingga kembang
2. Masukkan minyak...pukul lg
3. Masukkan bahan2 kering yg disatukan tadi (kacau pakai senduk kayu jer)
4. Satukan kismis, walnut dan carrot tadi
5. Kacau rata. Last skali masukkan susu cair tadi (utk moist kan...)
6. Kacau rata dan masukkan kedalam bekas cupcake
7. bakar pada suhu 180C selama 20 minit...

Cara membuat Cream Cheese Frosting
250 Creamcheese
120 mentega
120 gula aising

Kacau semuanya hgga sebati...siap utk dihias





Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...