Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Jom klik sini dulu.....

Sunday 24 February 2013

pavlova....sesedap namanya.....dan tip-tip membuatnya




best tak nama tu
malam ni sy tengah bakar pavlova
siapkan oder utk esok
sambil tu sempat lagi la masukkan entry utk mggu ni....
nampak sgtkan rajinnya update status...heheheh
bz sikit +malas skit...hehehehheeh

ok,
kali ni sy nak citer pasal PAVLOVA
bestkan namanya
nak tau asal usul desert manis tp sedap ni??
ok ni sy copy dari link ini

"Pavlova merupakan sejenis kek meringue iaitu putih telur yang dipukul bersama gula. Kedua-duanya dipukul sehingga kental dan dicampurkan dengan tepung, cuka dan vanila.
Kemudian ia dibakar dengan suhu yang sederhana sehingga permukaan luarnya garing tetapi di dalamnya masih lagi lembut dan kenyal seperti marshmallow."
Pavlova merupakan asas meringue iaitu menggunakan putih telur dan dipukul sehingga betul-betul kembang.

-betul sedap weh!!!yummy...yummy........



Asal usul nama pavlova adalah daripada nama seorang penari balet yang berasal dari Rusia iaitu Anna Pavlova yang telah mengembara ke Australia dan New Zealand.
Namun sehingga sekarang masih terdapat pertelingkahan sama ada pavlova ini berasal dari Australia atau New Zealand.

Tip2 utk membuat Pavlova;;;;


Oleh itu ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika anda menyediakan pencuci mulut ini.
1)  Berhati-hati ketika mengasingkan kuning telur dan putih telur.
Pastikan tiada kuning telur yang bercampur kerana kuning telur mengandungi lemak akan menyebabkan putih telur yang dipukul tidak naik kembang.

2) Gunakanlah telur yang segar kerana putih telur dari telur yang segar mudah diasingkan dari kuningnya. Putih telur sebaiknya dibiarkan pada suhu bilik dalam 30 minit sebelum diputar .

3)  sila pastikan mangkuk dan pemukul telur bersih dan bebas daripada sebarang minyak, air atau tepung bagi memastikan meringue anda naik ketika dipukul.

4) Gula kaster adalah paling sesuai apabila anda memukul meringue. Carilah gula kaster yang paling halus di pasaran kerana ia lebih cepat hancur ketika dipukul dengan putih telur.

5) Teknik memukul telur bersama gula juga perlu betul. Anda perlu memukul telur sehingga separuh kembang dan ketika inilah baru masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga berkilat dan betul-betul kental.

6) Cuba rasa meringue itu dengan dua jari, ibu jari dan jari telunjuk untuk memastikan bahawa semua gulanya telah hancur.
Sekiranya anda masih boleh rasa berpasir sambung lagi memukul putih telur sehingga anda tidak dapat merasa gula kaster pada meringue itu lagi.



7) Selepas itu kacau bahan lain iaitu esen vanila, cuka dan tepung jagung dengan senduk atau spatula. Tepung dan cuka dalam resipi ini berfungsi untuk memberikan kerapuhan di luar pavlova dan menghasilkan tekstur lembut seperti marshmallow di dalamnya.
Anda perlu membentuk meringue di atas kertas minyak. Ia berbentuk bulat dan saiznya bergantung pada anda tetapi pastikan ketebalan dalam 2.5 -3 sm.

- Sekarng ni kan...pavlova dah jadi mcm2 bentuk kan...tp pavlova yg asli ttp menjadi pilihan hati ku....hehehhe



8) Bakar pada suhu sederhana iaitu 130 darjah celsius selama satu jam bergantung pada saiz pavlova yang dibentuk.
Suhu yang rendah akan membuatkan pavlova anda cair dan tidak masak dan jika suhu melampau pula di luarnya akan cepat masak tetapi didalam tidak masak.

Tutup suis dan biarkan ia sejuk dalam ketuhar dengan pintu terbuka. Tanda pavlova sudah masak akan berwarna perang muda.
Add caption


Jika menggunakan ketuhar yang bersaiz kecil saya cadangkan bentukkan saiz pavlova itu kecil kerana kepanasan dalam ketuhar akan membuatkan pavlova cepat hangus.

Pavlova yang telah siap boleh disimpan dalam bekas kedap udara sebelum anda menyapu krim dan menyusun buah segar di atasnya. Pavlova sesuai dimakan serta merta kerana jika lama dibiarkan ia akan menyerap cecair dan tidak rapuh lagi.




# Hah!!! amacam??? tip2nya...bergunakan...nampak jer mcm senang tp kena ada caranya kalau nak buat...tp kalau malas or nak senang oder jer ngan saya @ cikMala heheheheh.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...