Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Jom klik sini dulu.....

Thursday 14 April 2011

Resepi cream puff

Semalam pukul 3 pg disaat2 kebulur sgt, sempat aku buat kuih ni...myfeberet ni....banyak kali jg aku buat kuih ni dari pelbagai resepi tp aku betul2 tabik kat blog kak wan....(resepi citarasawan) kerana resepi2 nyer best2...kali ni aku c/p resepi cream puff nya dan betul2 menjadik!!!senang saja resepinya dan cepat disediakan....

Belum dibakar lagi.....

Dah siap...pakai cream kastad...amik dr Myresepi.com...betul2 sedap...tak sampai 10 minit...licin!!!!!

Resepi :
Bahan2nya:
65g tepung gandum
secubit  garam
50g mentega
150ml air
2 bj telur (pukul sdkit)

  • Ayak tepung dan garam
  • Jerang mentega dan air hgga mentega cair,biarkan mendidih sekejap.
  • Tutup api dan masukkan tepung gandum, kacau laju hgga sebati dan tak melekat di periuk.
  • Biarkan suam sekejap.
  • Masukkan telur kedalam adunan tadi dan putar sehingga sebati
  • Masukkan kedalam piping beg dan paipkan bentuk dikehendaki dioatas dulang yg dialas aluminium foil.
  • Bakar pd suhu 220c selama 25 minit.buka ketuhar dan cucuk dgn ujung pisau kemudian bakar semula selama 5 minit.
Untuk inti kastad: 1 sudu besar tepung gandum
1 sd besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cawan) susu cair/segar
1 sudu besar butter
1 biji telur

Cara2:
Campurkan tepung gandum/tepung jagung/gula
Masukkan 2 sudu susu/kacau sebati dan masukkan susu selebihnya dan telur
Panaskan di atas dapur api slow kacau sehingga pekat
masukkan butter dan kacau lagi sehingga kental.
biarkan sejuk.
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...