Jom klik sini dulu.....

Thursday, 14 April 2011

Resepi Puding tembikai



Hari ni aku nak bagi satu resepi yg cantik dan sedap....Puding buah tembikai....dek keranan kawan2 ada minta resepi ni, so aku masukkan teruslah bila ada kesempatan ni...jap lagi ada tempahan cupcake. Resepi ni aku amik dari blog citarasawan . Memang menjadik cuma aku ni jenis tak sabar....cepat sangat nak potong blum sempat kaler hijau kering lagi...pastu anak2 aku plak sibuk nak makan...terpaksa potong awal2....tu yg comot dan tak cantik ni...tapi takper rasa tetap sedap....puding ni aku buat dalam bekas bujur....kes acuan bulat takder dan pakai dua kaler ...yg kuning aku letak kismis dan yg merah aku letak coklat chip....kat sini aku letak resepinya....
c& paste dari blog kak wan


Puding Semangka / Puding Tembikai

Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar
350gm gula pasir
500ml air
500ml susu segar
4 biji putih telur
1 sudu teh esen rose

Loyang 9'

Hiasan
2 sudu teh pewarna merah (utk isi tembikai)
1 sudu teh pewarna hijau (utk kulit tembikai)
kismis / blackcurrent sebagai biji
berus untuk mewarna kulit tembikai



Cara-cara :
1.  Satukan serbuk agar-agar, air, susu dan gula, sebatikan dan masak hingga mendidih.  Masukkan esen rose.  Ketepikan biar agar-agar suam sedikit.
2.  Pukul putih telur hingga kembang dan bertanduk (pekat dan keras), masukkan satu senduk agar-agar, menggunakan hand mixer pukul perlahan-lahan hingga rata.  Masukkan lagi agar-agar sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan putar hingga rata dan tidak berketul.
3.  Tuangkan ke dalam loyang / acuan yang di basahkan terlebih dahulu.  Letak pewarna merah di tengahnya.  Menggunakan lidi atau garpu, kacau pewarna merah perlahan-lahan tetapi jangan menyentuh dasar acuan atau tepinya.
4.  Atur kismis / blackcurrent sebagai bijinya.  Masukkan ke dalam peti sejuk hingga beku.
5.  Keluarkan agar-agar dari acuan dan warnakan luarnya dengan pewarna hijau sebagai kulit.  Biarkan pewarna kering

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...