Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Jom klik sini dulu.....

Saturday 9 April 2011

Telur tiruan?????...mcm2, jom check skit....

Ni aku nak citer pasal telur tiruan ni...act, aku memangnya tak tau hal2 semasa ni sehingga la, adik aku si Ainun tu bercerita pasal telur tiruan time aku tengah pecahkan telur2 ayam nak buat kek tempahan....ooooooooo ...tak sangka ya ada gak telur tiruan ni, manusia ni mcm2 semua nak cipta....mcm2...jom layan pasal telur tiruan ni dan skit info pasal telur ni...story ni aku C&P dari blog cik adik manis kat sini, akak minta kongsi info ni ya....


Rupa telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan. Memang nampak berbeza.



Tadi .. search kat Google. Rupa-rupanya .. pengeluaran telur ayan tiruan nie memang dah lama. Paling lama yang saya dapat kesan .. tahun 2008. Huh ! .. memang lama. Cuma sekarang nie je mula dikesan memasuki pasaran Malaysia.

Kenapa telur tiruan dicipta?
Sebabnya .. satu je ! Wang ! Menurut dari apa yang saya baca. Nak buat telur tiruan nie. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Kalau dalam Yuan .. nak buat satu telur nie. Cuma 0.55 Yuan/kg berbanding 5.6 Yuan/kg untuk telur sebenar. Jadi nak jimat kos .. jalannya mudah je. Buat yang tiruan.

Macam mana telur ayam tisuan dibuat ?
Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie.

Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat

Lapiasan luar telur kuning terbentuk

Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !

Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula .. lebih senang dipecahkan. Tapi .. nak check .. macam mana ye ?


Ciri-ciri lain .. telur ayam tiruan nie lebih besar dari biasa, tidak berbau, berkilat dan kasar.


Ish!!! risau betul la pasal mende ni....dah2 sekarang ni aku slalu amik tempahan kek/kuih, nampaknya kena belek satu2 la gamaknya telur ayam ni....takper....utk kesihatan kita kena sama2 prihatin....tak susah, masa dok cuci telur tu belek2 la ori ke tak...hehehehe


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...