Jom klik sini dulu.....

Friday, 18 February 2011

Kuih Sagu



Salah satu kuih yg aku paling suka dan paling senang nak buat tp paling jarang aku buat .....kuih sagu. Memang senang sangat nak buat kuih ni....kos nyer pun murah sangat....kat sini aku selitkan resepi nyer buat sesaper yg tak tahu atau ingat2 lupa cara nak membuatnya

Bahan2:
3 cawan sagu (suker la nak wat kaler aper pun)
1 1/2 cawan air
1 cawan gula
sehelai daun pandan
secubit garam
kelapa parut (yang kulit kelapa tak muda tak tua....mak aku pggil kulit hidup )

Cara2nya:
  1. Toskan sagu jap....masakkan air + gula + daun pandan hgga menggelegak.then, buang daun pandan tu.
  2. Masukkan biji sagu tu , api dikecilkan dan kacau slow2 bagi sagu tu kembang....
  3. Nak tau sagu tu kembang mcmn...kalau nampak biji dlmnya putih2 tu dan kaler sagu berubah terang skit dah ok lah tu.....
  4. Angkat dan masukkan dalam loyang.sejukkan sebelum dipotong.
  5. Kelapa parut tu digaul dgn garam
  6. Gaul sagu dgn kelapa...tada....siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...